Pengelasan hentian Konsonan_hentian

Voice

Hentian bersuara disebut dengan menggetarkan pita suara serentak; hentian tak bersuara pula tidak. Konsonan letupan itu banyak yang tak bersuara, manakala hentian sengau pula jarang pula.

Penghembusan

Bagi hentian berhembusan, onset suara (iaitu apabila pita suara mula bergetar) seakan-akan melewati penghembusan hentian. Tempoh antara penghembusan hentian dan onset suara dipanggil dengan istilah masa onset suara (voice onset time, VOT). Hentian tenuis (halus) bermasa onset suara hampir sifar, iaitu penyuaraan bermula lebih kurang serentak dengan penghembusan hentian. Hentian bersuara bermasa onset suara negatif, iaitu penyuaraan bermula sebelum hentian dihembuskan. Hentian itu "bersuara penuh" jika disuarakan sepanjang keseluruhan proses oklusi. Hentian berhembusan ada masa onset suara melebihi sifar, jadi wujudnya tempoh aliran udara tak bersuara (berbunyi [h]) sebelum vokal bermula.

Bahasa Melayu tiada konsonan hentian berhembusan, tetapi dalam bahasa Inggeris, penghembusan adalah ketara bagi konsonan letupan tak bersuara. Contoh: perkataan bag, yang mana bunyi g mungkin sekali disuarakan sepenuhnya, manakala bunyi b disuarakan separa sahaja. Letupan tak bersuara di awal suku kata, seperti p dalam pie, melepaskan hembusan udara yang ketara, manakala konsonan letupan selepas s dalam spy, adalah halus. Apabila disebut berdekatan api lilin, penyebutan kata-kata par, tar, dan car lebih kuat mengedipkan apinya berbanding spar, star, dan scar.